CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Jumat, 08 Mei 2009

RAHSIA SEGITIGA BERMUDA
Apa itu Segitiga Bermuda?
Segitiga Bermuda adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian orang seluruh dunia kerana terdapat berbagai kejadian aneh telah berlaku disitu. Sehingga ke saat ini mister! Segitiga Bermuda itu dianggap sebagai satu kawasan pusat ajaib di muka bumi ini.
Kerana terialu banyak kisah-kisah pelik dan ajaib berlaku disilu, maka orang ramai tertanya-tanya, kuasa pakah.yang terdapat disitu? Ada satu teori mengatakan di Bermuda itu terdapat satu pusat bekas Kerajaan Atlantis. Ada sesetengah teori pula mengatakan disitu terdapat Pusat Kerajaan Orang Halus dan Jin dan Para Siluman......
Segitiga Bermuda mencakupi kawasan seluas 770,000 kilometer persegi. Kawasannya merupakan gugusan pulau-pulau yang berjumlah sebanyak 359 pulau. Pulau-pulau ini tersusun antara satu sama lain seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil terdapat dihujung pulau-pulau itu. Kesemua pulau-pulau ini terletak di Lautan Atlantik. Jauh pulau-pulau ini dari Daratan Amerika kira-kira 930 kilometer. Pada tahun 1684 Kepulauan ini telah dijajah oleh Kerajaan British. Sehingga ketahun 1968 barulah Bermuda mendapat pemerintahan sendiri. Sungguhpun kesuluruhan pulaunya sebanyak 359 tetapi hanya 60 buah pulau sahaja yang didiami manusia, selainnya tidak dihuni. Orang yang pertama sekali mengenal pasti tentang Misteri Segitiga Bermuda ini ialah Vincent Cadys, dialah juga yang telah menamakan SEGITIGA BERMUDA. Beliau seorang pakar dalam kes-kes misteri di lautan.

0 komentar: